.:. Unit ini menjalankan fungsi utama suruhanjaya iaitu urusan lantikan baru anggota Perkhidmatan Awam Negeri Johor. Proses yang dijalankan termasuk mengenal pasti jawatan kosong, menyediakan iklan, mengurus tempat temu duga, menyediakan kertas kerja mesyuarat lantikan dan mengeluarkan surat tawaran jawatan kepada calon-calon berjaya.
.:. Calon yang memiliki kelayakan akademik yang cemerlang; memenuhi semua syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan; melepasi syarat tapisan dan menunjukkan prestasi yang memuaskan dalam temu duga, mempunyai peluang yang cerah untuk dipilih. Di samping itu, Suruhanjaya juga memberikan sedikit kelonggaran dari segi syarat tapisan kepada pemohon tertentu seperti Orang Kurang Upaya (OKU), penerima bantuan di bawah skim rakyat termiskin (PPRT) dan masyarakat Orang Asli.
.:. Menjalankan proses permohonan pengesahan dalam perkhidmatan kemasukan ke jawatan berpencen, permohonan pelarasan gaji permulaan, pelanjutan tempoh percubaan, pengecualian mengikuti kursus induksi dan pertukaran perkhidmatan.Semua pemohonan yang telah diproses akan dibawa ke mesyuarat bulanan suruhanjaya. Pegawai di bahagian ini juga membantu kerja-kerja memproses urusan penamatan perkhidmatan serta permohonan rayuan tindakan tatatertib yang dikenakan ke atas anggota Perkhidmatan Awam Johor.
.:. Memberi perkhidmatan sokongan kepada SPAJ melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya berkaitan urusan-urusan Perkhidmatan anggota perkhidmatan awam dibawah bidangkuasanya dengan adil, saksama dan teratur berdasarkan Undang-Undang dan peraturan-peraturan yang ditetapkan.