
ENCIK MOHAMED FAIZAL BIN ABDUL ANSAR
Pegawai Keselamatan ICT (ICTSO)
Peranan dan Tanggungjawab
- Memastikan semua infrastruktur keselamatan ICT menepati prinsip-prinsip keselamatan berpandukan Rangka Dasar Keselamatan ICT dan Arahan Keselamatan Kerajaan;
- Menyedia dan mengkaji semula dokumen infrastruktur keselamatan ICT bagi tujuan audit keselamatan ICT;
- Mengenal pasti bidang-bidang keselamatan ICT yang perlu diberikan perhatian rapi;
- Memastikan tahap keselamatan ICT adalah terjamin setiap masa;
- Memastikan semua warga memahami keperluan standard, garis panduan dan prosedur keselamatan di bawah Rangka Dasar Keselamatan ICT Kerajaan;
- Menjalankan penilaian risiko dan program-program keselamatan ICT di SPA Johor;
- Mewujudkan pelan tindakan bagi mengurus risiko akibat dari ketidak patuhan kepada standard, garis panduan dan prosedur keselamatan ICT di SPA Johor;
- Melaporkan kepada GCERT SPA Johor mengenai sebarang insiden keselamatan ICT yang berlaku di SPA Johor;
- Membantu dalam membangunkan standard, garis panduan dan prosedur untuk aplikasi, sistem dan infrastruktur ICT di SPA Johor bagi mematuhi keperluan Dasar Keselamatan ICT Kerajaan;
- Mewujudkan program-program bagi meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan pembudayaan mengenai teknologi dan mekanisme kawalan maklumat dan aset ICT, ancaman-ancaman siber dan peranan dan tanggugjawab pengguna dalam mengendalikan kemudahan ICT di SPA Johor;
- Menyebar dan menyalurkan amaran awal terhadap ancaman-ancaman yang berpotensi menyebabkan kerosakan besar kepada aset ICT SPA Johor; dan
- Mengurus keseluruhan program-program keselamatan ICT di SPA Johor.