PIAGAM PELANGGAN

Kami adalah bertanggungjawab memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan memuaskan hati pelanggan serta layanan yang adil dan saksama.

 

Dengan itu kami berjanji:

 

  • Memastikan Surat Pelantikan dikeluarkan dalam masa tiga puluh (30) hari bekerja selepas Mesyuarat Pelantikan.

  • Memastikan Surat Pengesahan Lantikan dikeluarkan dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja dari tarikh perakuan yang lengkap diterima.

  • Memastikan permohonan Pengesahan Dalam Perkhidmatan dan Pemberian Taraf Berpencen diproses dan diselesaikan dalam tempoh enam puluh (60) hari bekerja dari tarikh perakuan yang lengkap diterima.

  • Memastikan permohonan Rayuan Tindakan Tatatertib dan Rayuan Kenaikan Pangkat diproses dan diselesaikan dalam tempoh enam puluh (60) hari bekerja dari tarikh perakuan yang lengkap diterima.

 

Prestasi Pencapaian Piagam Pelanggan