CARTA ORGANISASI SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM JOHOR
BAHAGIAN PENGAMBILAN & PENTADBIRAN
 Unit Pengambilan & Perkhidmatan(UPP)

.:. Unit ini menjalankan fungsi utama suruhanjaya iaitu urusan lantikan baru anggota Perkhidmatan Awam Negeri Johor. Proses yang dijalankan termasuk mengenal pasti jawatan kosong, menyediakan iklan, mengurus tempat temu duga, menyediakan kertas kerja mesyuarat lantikan dan mengeluarkan surat tawaran jawatan kepada calon-calon berjaya.

 

.:. Calon yang memiliki kelayakan akademik yang cemerlang; memenuhi semua syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan; melepasi syarat tapisan dan menunjukkan prestasi yang memuaskan dalam temu duga, mempunyai peluang yang cerah untuk dipilih. Di samping itu, Suruhanjaya juga memberikan sedikit kelonggaran dari segi syarat tapisan kepada pemohon tertentu seperti Orang Kurang Upaya (OKU), penerima bantuan di bawah skim rakyat termiskin (PPRT) dan masyarakat Orang Asli.

 

.:. Menjalankan proses permohonan pengesahan dalam perkhidmatan kemasukan ke jawatan berpencen, permohonan pelarasan gaji permulaan, pelanjutan tempoh percubaan, pengecualian mengikuti kursus induksi dan pertukaran perkhidmatan.Semua pemohonan yang telah diproses akan dibawa ke mesyuarat bulanan suruhanjaya. Pegawai di bahagian ini juga membantu kerja-kerja memproses urusan penamatan perkhidmatan serta permohonan rayuan tindakan tatatertib yang dikenakan ke atas anggota Perkhidmatan Awam Johor.

 

.:. Memberi perkhidmatan sokongan kepada SPAJ melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya berkaitan urusan-urusan Perkhidmatan anggota perkhidmatan awam dibawah bidangkuasanya dengan adil, saksama dan teratur berdasarkan Undang-Undang dan peraturan-peraturan yang ditetapkan.

 Unit Pentadbiran & Kewangan(UPK)

.:. Bahagian ini menguruskan pentadbiran dan kewangan pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor. Tugas-tugas pentadbiran dan kewangan termasuk menyediakan baucer bayaran, urusan gaji, rekod cuti, bajet jabatan, pembelian peralatan, bekalan pejabat dan perkhidmatan kakitangan serta ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor.

 

.:. Fungsi :

  • Bertanggungjawab memastikan peruntukan kewangan dibelanjakan mengikut prosedur kewangan.
  • Memastikan Pengurusan Pentadbiran Am dan Pengurusan Personel mematuhi arahan-arahan pejabat dan tugas dapat dilaksanakan mengikut jangka waktu yang ditentukan.
  • Memastikan mesyuarat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Lembaga Rayuan Tatatertib, Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan mesyuarat-mesyuarat lain berjalan lancar dengan memberi khidmat sokongan dan bantuan logistik.

.:.Unit Pentadbiran

  • Pengurusan peralatan, penyelenggaraan dan logistik untuk semua bahagian di SPAJ Unit Perkhidmatan.
  • Pengurusan perjawatan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor, perkhidmatan latihan dan kawalan tatatertib.

.:. Unit Kewangan

  • Pengurusan permohonan peruntukan belanjawan tahunan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Pengurusan Peruntukan, Perbelanjaan dan Pembayaran.
BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT (BPM)

.:. Bahagian ini membantu mempertingkatkan kecekapan urusan Suruhanjaya melalui penggunaan teknologi maklumat. Memastikan segala data dapat diambil dan penyebaran maklumat dapat dibuat dengan menggunakan sistem perkomputeran serta menyediakan perkhidmatan pemprosesan berkomputer dan bertanggungjawab ke atas pengurusan Pusat Komputer.

 

.:. Fungsi

  • Bertanggungjawab dalam merancang, membangun dan menyelenggara sistem perkomputeran yang meliputi aplikasi, infrastruktur rangkaian, peralatan dan perisian komputer.
  • Membekalkan dan membuat penyelenggaraan ke atas komputer yang telah dibekalkan serta memastikan peralatan ICT tersebut dalam keadaan yang baik dan boleh digunakan untuk perlaksanaan sistem-sistem aplikasi dan penggunaan pentadbiran dan pengurusan.