MAKLUMAT JAWATAN

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor adalah pihak kuasa melantik penjawat awam bagi berkhidmat didalam Pentadbiran Kerajaan Johor. Pada halaman ini memaparkan senarai jawatan dibawah bidang kuasa lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor yang boleh dipohon semasa iklan jawatan kosong bagi jawatan tersebut diiklankan. Untuk maklumat terperinci mengenai tugas, kelayakan dan gaji permulaan ada seperti berikut :

KELAYAKAN IJAZAH / SARJANA MUDA
KELAYAKAN DIPLOMA / STP/ STPM / HSC / SIJIL POLITEKNIK @ INSTITUSI
KELAYAKAN SPM / SPM(V) / SPMV / SIJIL KEMAHIRAN

Bagi tujuan pelantikan ke perkhidmatan awam, calon yang memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk Sijil Pelajaran Malaysia perlu memiliki sekurang-kurangnya keputusan berikut:
1. Lulus enam mata pelajaran termasuk bahasa melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat kepujian dan selebihnya peringkat lulus dalam satu peperiksaan; atau
2. Lulus enam mata pelajaran termasuk bahasa melayu, dengan dua mata pelajaran
adalah di peringkat kepujian dan selebihnya peringkat lulus yang dikumpulkan
dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan
3. Memenuhi syarat kelayakan bahasa melayu iaitu kepujian dan subjek-subjek tertentu seperti mana yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan.

Nota : syarat-syarat di atas dikecualikan kepada bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat koperal dan ke atas yang memohon jawatan tersebut:
- Pembantu Keselamatan Gred KP19

  
1. Juruaudio Visual Gred N19
2. Jurubahasa Gred LA19
3. Juruteknik Komputer Gred FT19
4. Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19
5. Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) Gred JA19
6. Pelukis Pelan (Seni Bina) Gred JA19
7. Pembantu Akauntan Gred W19
8. Pembantu Belia & Sukan Gred S19
9. Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19
10. Pembantu Juruaudit Gred W19
11. Pembantu Kemahiran Gred H19
12. Pembantu Muzium Gred S19
13. Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19
14. Pembantu Penerbitan Gred N19
15. Pembantu Perikanan Gred S19
16. Pembantu Perpustakaan Gred S19
17. Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19
18. Pembantu Syariah Gred LS19
19. Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19
20. Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) N19
21. Pembantu Veterinar Gred G19
22. Pengawas Hutan Gred G19
  
KELAYAKAN PMR