PEGAWAI KESELAMATAN ICT (ICTSO)

 

 

ENCIK MOHAMED FAIZAL BIN ABDUL ANSAR

Pegawai Keselamatan ICT (ICTSO)

 

 

Peranan dan Tanggungjawab

  • Memastikan semua infrastruktur keselamatan ICT menepati prinsip-prinsip keselamatan berpandukan Rangka Dasar┬áKeselamatan ICT dan Arahan Keselamatan Kerajaan;
  • Menyedia dan mengkaji semula dokumen infrastruktur keselamatan ICT bagi tujuan audit keselamatan ICT;
  • Mengenal pasti bidang-bidang keselamatan ICT yang perlu diberikan perhatian rapi;
  • Memastikan tahap keselamatan ICT adalah terjamin setiap masa;
  • Memastikan semua warga memahami keperluan standard, garis panduan dan prosedur keselamatan di bawah Rangka Dasar Keselamatan ICT Kerajaan;
  • Menjalankan penilaian risiko dan program-program keselamatan ICT di SPA Johor;
  • Mewujudkan pelan tindakan bagi mengurus risiko akibat dari ketidak patuhan kepada standard, garis panduan dan prosedur keselamatan ICT di SPA Johor;
  • Melaporkan kepada GCERT SPA Johor mengenai sebarang insiden keselamatan ICT yang berlaku di SPA Johor;
  • Membantu dalam membangunkan standard, garis panduan dan prosedur untuk aplikasi, sistem dan infrastruktur ICT di SPA Johor bagi mematuhi keperluan Dasar Keselamatan ICT Kerajaan;
  • Mewujudkan program-program bagi meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan pembudayaan mengenai teknologi dan mekanisme kawalan maklumat dan aset ICT, ancaman-ancaman siber dan peranan dan tanggugjawab pengguna dalam mengendalikan kemudahan ICT di SPA Johor;
  • Menyebar dan menyalurkan amaran awal terhadap ancaman-ancaman yang berpotensi menyebabkan kerosakan besar kepada aset ICT SPA Johor; dan
  • Mengurus keseluruhan program-program keselamatan ICT di SPA Johor.