ANUGERAH
 ANUGERAH PERSIJILAN MS ISO 9002

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Johor (SPAJ) telah dianugerahkan persijilan MS ISO 9002 dalam skop "Proses Perlantikan dan Pengesahan Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Johor" dari MAMPU.

  • Mempercepatkan Urusan Perlantikan

  • Penambahbaikan Penjimatan Kewangan Penyimpanan Rekod

  • Meningkatkan Kecekapan dan Keberkesanan

  • Cara Kerja Pencegahan
 LAMAN WEB TERBAIK 2007

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Johor mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur Pertandingan Laman Web Terbaik Kerajaan Negeri Johor oleh Unit Sains & Teknologi Negeri Johor (USTJ) kerana menobatkan Laman Web SPAJ sebagai pemenang Tempat Pertama bagi kategori Negeri dan Pejabat SUK. Sijil penghargaan dan pluk disampaikan oleh Y.B. Dato' Haji Abd. Latiff Bin Yusoff Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, kepada Tuan Haji Muzaldin Bin Mohamed Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Johor.




LAMAN WEB TERBAIK 2009

Sekali lagi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Johor menerima penganugerahan sebagai Tempat Ketiga Laman Web Terbaik Kerajaan Negeri Johor oleh Unit Sains & Teknologi Negeri Johor (USTJ) bagi kategori Pejabat SUK dan Kerajaan Negeri. Sijil penghargaan disampaikan oleh Y.B. Dato' Haji Abd. Latiff Bin Yusoff Setiausaha Kerajaan Negeri Johor.



PENSIJILAN AMALAN BERKUALITI 5S 2012

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor telah menerima PENSIJILAN AMALAN BERKUALITI 5S pada 09 Oktober 2012 oleh Malaysia Productivity Corporation (MPC).


Kami warga SPAJ beriltizam menjayakan amalan 5S yang efektif dan inovatif bagi menjayakan transformasi perkhidmatan awam dengan menzahirkan persekitaran kerja yang ceria, teratur dan sistematik untuk menjulang kecemerlangan perkhidmatan serta memberikan keselesaan dan kepuasan kepada pelanggan.



PENGIKTIRAFAN BINTANG PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI) HRMIS 2015

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor telah menerima PENGIKTIRAFAN BINTANG PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI) HRMIS 2015 oleh Setiausaha Kerajaan Johor.


Kami warga SPAJ berazam melaksanakan petunjuk prestasi utama dalam menjayakan hasil kerja yang baik dalam mencapai kecemerlangan bagi 5 Kriteria iaitu K1 (Pengemaskinian Data Perjawatan) , K2 (Pemurnian Data) , K3 (Pelaksanaan Sasaran Kerja Tahunan) , K4 (Pelaksanaan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan) , dan K5 (Pelaksanaan Pengisytiharan Harta) dengan persekitaran kerja yang ceria, teratur, sistematik dan kerjasama serta tolerasi dalam melakukan kerja dan tugasan yang diberikan untuk satu organisasi dengan memberi perkhidmatan yang terbaik.