NO. TELEFON PEGAWAI BERKENAAN
Pegawai Khidmat Pelanggan : 07-266 6422/6423
Unit Perkhidmatan : 07-266 6419
Unit Pengambilan : 07-266 6415
Bahagian Pengurusan Maklumat : 07-266 6413/6417
SOALAN LAZIM (FAQs)
Iklan kekosongan Jawatan
Cara-cara Memohon Jawatan
Panggilan Temuduga
Panduan Temuduga
Keputusan Temuduga
Pelantikan
Lapor Diri
Urusan Tatatertib
Pengesahan dalam Perkhidmatan
Kemasukan Jawatan Berpencen
Permohonan Pelarasan Gaji
Rayuan Kenaikan Pangkat
Soalan 1
Bilakah iklan kekosongan jawatan di dalam Perkhidmatan Awam Negeri Johor dibuat?

Jawapan :
Iklan kekosongan jawatan di dalam Perkhidmatan Awam Negeri Johor pada kebiasaannya dibuat di antara Januari hingga Mac dan di antara September hingga Disember setiap tahun.

Perancangan keperluan mengisi kekosongan jawatan di dalam Perkhidmatan Awam Negeri Johor adalah dibuat oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor. Manakala Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor bertanggungjawab membuat pengambilan/pelantikan.

Soalan 1
Bagaimanakah cara-cara memohon sesuatu jawatan di dalam Perkhidmatan Awam negeri Johor?

Jawapan
Permohonan sesuatu jawatan di dalam Perkhidmatan Awam Negeri Johor mestilah dibuat berdasarkan iklan kekosongan jawatan v sebagaimana yang disiarkan di dalam akhbar-akhbar tempatan (Berita Harian dan New Straits Times).

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi Borang Pre-online SPAJ.01i yang diperolehi melalui Portal. Sila klik untuk mengisi dan mencetak borang

Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar secara terus ke Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor atau melalui pos.

Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diterima.

Soalan 1
Bilakah temu duga sesuatu jawatan yang telah diiklankan dibuat?

Jawapan
Secara umumnya, temu duga pertama bagi sesuatu jawatan yang telah diiklankan dibuat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh tutup iklan yang berkenaan.

Bagaimanapun, ianya tertakluk kepada bilangan jenis jawatan yang diiklankan, bilangan pemohonan dan keputusan Mesyuarat Tapisan Permohonan.

Soalan 1
Bilakah keputusan temu duga sesuatu jawatan boleh diketahui?

Jawapan
Keputusan temu duga sesuatu jawatan dibuat satu bulan sehingga selesai sesi temu duga.

Calon-calon yang telah hadir temu duga sesuatu jawatan boleh mendapatkan keputusan mengenainya pada minggu pertama bulan berikutnya.


Soalan 1
Bilakah surat tawaran pelantikan jawatan dikeluarkan?

Jawapan 1
Surat tawaran pelantikan jawatan akan dikeluarkan kepada calon-calon yang berjaya semasa mereka menghadiri taklimat jawatan tersebut. Taklimat jawatan ini diadakan pada minggu kedua selepas keputusan temu duga diumumkan/disiarkan.

Soalan 2
Bilakah Surat Pengesahan Pelantikan dikeluarkan kepada calon-calon yang telah melaporkan diri untuk bertugas?

Jawapan 2
Bagi pegawai Kumpulan Pengurusan Profesional dan Kumpulan Sokongan I, Surat Pengesahan Pelantikan akan dikeluarkan setelah suruhanjaya ini mendapat maklum balas daripada Jabatan Perdana Menteri menegenai Borang Soalan Keselamatan (Am 480)(Lampiran F) pegawai berkenaan.

Bagi kakitangan Kumpulan Sokongan I dan Kumpulan Sokongan II pula, Surat Pengesahan Pelantikan akan dikeluarkan setelah suruhanjaya ini menerima Borang Pemeriksaan Doktor (Am 402)(Lampiran B) dan Surat Akuan Sumpah (Lampiran C).

Soalan 3
Mengapakah perlu mendapat surat kelulusan pengesahan lantikan?

Jawapan 3
Keperluan mendapat surat kelulusan pengesahan lantikan bertujuan untuk memastikan calon yang dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam menerima atau tidak tawaran jawatan serta memastikan anggota itu telah memenuhi syarat-syarat lantikan yang telah dinyatakan dalam surat tawaran. Di samping itu, bagi menentukan tarikh mula seseorang anggota itu berkhidmat dan menentukan taraf berpencen dan kekanan seseorang anggota dalam perkhidmatan.

Soalan 4
Apakah syarat-syarat pengesahan lantikan?
Jawapan 4
Syarat-syarat pengesahan lantikan seperti yang dinyatakan dalam surat tawaran iaitu surat setuju terima pelantikan, surat sumpah (6B), surat akuan doktor kerajaan, dan tapisan keselamatan bagi kumpulan jawatan yang disyaratkan

Soalan 5
Bila kelulusan pengesahan lantikan diperolehi?

Jawapan 5
Surat Pengesahan lantikan akan dikeluarkan oleh SPAJ dalam tempoh dua (2) minggu selepas suruhanjaya ini menerima perakuan tarikh calon melaporkan diri untuk bertugas beserta dukumen-dokumen yang lengkapdaripada jabatan dimana calon diarahkan bertugas.

Soalan 6
Sekiranya ingin mengetahui kedudukan pengesahan lantikan, siapakah yang perlu dihubungi?

Jawapan 6
Sebarang pertanyaan mengenai pengesahan lantikan, boleh menghubungi Unit Pengambilan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Johor


Soalan 1
Bila dan di manakah calon-calon akan diarah melaporkan diri untuk bertugas?

Jawapan
Tarikh dan tempat bertugas adalah ditetapkan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor.

Soalan 1
Adakah tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja boleh diambil ke atas pegawai yang telah bersara wajib, atas kesalahan yang telah dilakukan semasa dalam perkhidmatan?

Jawapan 1
Tindakan tatatertib tidak boleh lagi diambil ke atas seseorang pegawai yang telah bersara kecuali jika tindakan tatatertib telah pun dimulakan (pertuduhan telah dihadapkan kepada pegawai ) sebelum tarikh persaraan itu, maka tempoh perkhidmatan pegawai itu disifatkan sebagai telah dilanjutkan sehingga tindakan tatatertib itu berkeputusan sebagaimana diperuntukkan di bawah seksyen 10 Akta pencen.

Soalan 2
Adakah tindakan tatatertib tidak boleh diambil ke atas pegawai yang telah meletak jawatan dari perkhidmatan?

Jawapan 2
Tindakan tatatertib tidak boleh diambil ke atas seseorang pegawai yang telah meletak jawatan. Tindakan tatatertib yang sedang diambil juga tidak boleh diteruskan lagi selepas perletakan jawatan tersebut

Soalan 3
Apakah tindakan tatatertib kerana tidak hadir bertugas boleh diambil ke atas seseorang pegawai yang telah ditangkap/ditahan oleh polis atau BPR kerana disyak melakukan jenayah?

Jawapan 3
Tangkapan seumpama ini dianggap sebagai tangkapan kerana membantu siasatan. Ketidakhadiran bertugas bagi tempoh pegawai ditahan itu bagaimana pun adalah disifatkan sebagai dengan sebab yang munasabah. Walaubagaimana pun, sekiranya pegawai masih, tidak hadir selepas dibebaskan sama ada dengan ikat jamin dan sebagainya maka tindakan tatatertib boleh dikenakan bagi ketidakhadiran selepas dia dibebaskan itu.

Soalan 1
Bagaimana dan bilakah seseorang kakitangan Perkhidmatan Awam boleh disahkan serta diletakkan ke dalam jawatan berpencen?

Jawapan 1
Seseorang kakitangan Perkhidmatan Awam, adalah layak untuk disahkan dalam perkhidmatan apabila:

- Berjaya menjalani tempoh percubaan (percubaan asal atau dilanjutkan)
- Hadir dengan jayanya kursus Induksi
- Lulus peperiksaan yang ditetapkan
- Sokongan daripada Ketua Jabatan

 

Pengesahan dapat diperakukan dalam tempoh percubaan 1 hingga 3 tahun dan sekiranya dilanjutkan, pengesahan adalah pada tarikh lulus peperiksaan.

 

Soalan 2
Apakah yang perlu dilampirkan untuk memperakukan Pengesahan Dalam Perkhidmatan dan Pemberian Taraf Berpencen ?

Jawapan 2
- Surat Permohonan untuk diperakukan dalam perkhidmatan dan pemberian Taraf Berpencen
- Borang Opsyen untuk diperakukan dalam perkhidmatan dan pemberian Taraf Berpencen
- Surat perakuan pengesahan dalam perkhidmatan - kenyataan berkenaan peperiksaan
- Surat perakuan pengesahan dalam perkhidmatan (Perintah Am 36 Bab 'A') dan perakuan Taraf Berpencen
- Kenyataan Perkhidmatan
- Salinan Sijil Khusus Induksi Umum dan Kursus Induksi Khusus
- Salinan keputusan Peperiksaan
- Salinan surat pelanjutan tempoh percubaan (sekiranya dilanjutkan)

Soalan 1
Apakah hubungkait di antara Perintah Am 32(b) dan 34 Bab 'A' bahawa Pegawai sementara atau dalam kontrak dilantik tetap dan penetapan gaji lebih dari kadar biasa ?

Jawapan 1
Seseorang pegawai dalam jawatan sementara atau dalam tukar sementara atau dalam pinjaman atau dalam kontrak yang kemudiannya dilantik keperkhidmatan tetap dalam jawatan yang sama akan ditetapkan gaji masuknya mengikut perbekalan Perintah Am 34 Bab 'A' iaitu. Suruhanjaya boleh melantik seseorang calon atau pegawai yang mempunyai kelayakan-kelayakan teristimewa, meletakannya kemana-mana tanggagaji tingkatan biasa atau lain-lain peringkat mengikut budibicara.

Soalan 2
Apakah yang dikatakan dengan Perintah Am 33 ?

Jawapan 2
Seseorang pegawai kerajaan yang telah disahkan dalam perkhidmatan tetap kemudian mendapat jawatan baru, maka akan diletakkan dimata tertinggi yang berhampiran dalam tanggagaji jawatan barunya sekiranya gaji jawatan lamanya adalah sama atau lebih tinggi daripada gaji pemulaan dalam jawatan baru.

PERTANYAAN
Bantuan? Klik Disini